Rahsia Alfalfa Shaklee

Rahsia Alfalfa Shaklee

Tahukah anda..apa itu alfalfa

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi.


Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

1.Bengkak
2.Sakit sendi
3.Arthritis
4.Ulser
5.Penyakit perut
6.Masalah kolon
7.Sakit ulu hati
8.Hernia
9.Sembab air
10.Tiada selera makan
11. Bengkak buku lali dan kaki,
12. Sinus
13. Alahan
14. hayfever
15. Gout
16. Bau badan
17. Kaki busuk
18. Nafas berbau serta tujuan
19. Detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Best nya Alfalfa shaklee ni..banyak betul vitamin dan mineral..berpatutan dengan harga..

Ape tunggu lagi..jom kita mencuba..

Berminat hubungi saya untuk konsultasi percuma

Rohaida Bt Ahmad Azra'ai
ID 886741
0165210225
aaisyahealthnbeauty.blogspot.com


Penyelesaian Sakit Sendi dengan Advance Joint Health Shaklee



Bagi jutaan individu yang mempunyai ketidak selesaan sendi...aktiviti biasa,membengkok,duduk dan berjalan dirasakan begitu mencabar..boleh akibatkan kualiti hidup anda terjejas..

Apa kata anda hadiah kan pada ibu bapa anda..bila lagi nak berbakti pada ibu bapa kita kan..mesti ibu bapa anda bahagia apabila anak2 hadiah sesuatu yang boleh membuatkan  kehidupan mereka berjalan lancar..

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ( Jaga Kesihatan Sendi)

- Menggunakan tumbuhan semulajadi dan bahan berasakan mineral
- Formula sayuran 100%

Manfaat AJHT:

- Menyokong keselesaan sendi( Ekstak boswelia) yg boleh menghalang pembetukan bahan kimia menyerang tulang rawan
- Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak Jagung) membantu mengekalkan tulang rawan
- Memelihara tisu penyambung yang sihat ( Zink,Tembaga,Mangan dan VitaminC)

Menyelesaikan sakit pinggang,lutut,sakit sendi-sendi..bukan sahaja orang tua perlukan ni..malah orang muda yang sering angkat berat  amat perlukan suplement ni.

Berminat PM inbox/sms/whatsapp

Rohaida Bt Ahmad Azra'ai
 ♥ Shaklee Independent Distributor  ID No : 886741  
 ♥ Contact No  :016 5210225
 ♥ Emel : aaisyahealthnbeauty@yahoo.com
              momsnbabydream@yahoo.com
♥ Blog: aaisyahealthnbeauty.blogspot.com


Set Bersalin Shaklee..anda tak perlukan jamu lagi..


Runsing ketika berpantang..Tak nak mkn jamu?? Effect penyusuan bayi anda?Anak cirit-birit akibat jamu.. Jangan risau anda masih boleh menjaga dan memulihkan badan selepas bersalin dengan vitamin/supplement shaklee..

SET BERSALIN SHAKLEE..
KHAS UNTUK IBU BERPANTANG/BERSALIN....

BERMINAT BOLEH HUBUNGI UNTUK KETERANGAN LANJUT:

Rohaida Bt Ahmad Azra'ai  
 ♥ Shaklee Independent Distributor  ID No : 886741    
 ♥ Contact No  :016 5210225  
 ♥ Emel : aaisyahealthnbeauty@yahoo.com
              momsnbabydream@yahoo.com  
 ♥ Blog: aaisyahealthnbeauty.blogspot.com


DENGAN PENAMBAHAN ZINC COMPLEX BERSAMA-SAMA VITALEA, VITAMIN C DAN B COMPLEX, IA DAPAT MEMBANTU TEMPOH BERPANTANG YANG SEMPURNA..

Apakah keperluan dan kepentingan setiap vitamin ini?

Vitalea with iron formula

Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B complex

Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release

Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Juga boleh diambil bersama..Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah:

 ESP@Protein: memberi tenaga, mencantikkan kulit , membina otot2, melancarkan penghasilan susu dan membantu menguruskan badan kerana protein memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Ostematrix@Kalsium Magnesium: tidur lebiih lena dan segar bila bangun serta mengatasi masal sembelit.

Lecithin: Juga mengatasi masalah sukar untuk membuang kerana ia melembutkan najis disamping membantu menguruskan badan kerana bertindak sebagai pemecah lemak.

Credit to : ladysara84




T

Penuaan? Mengetahui masalah penuaan



Dilema Masalah Penuaan
Sesetengah orang sangat fobia dengan perkataan “penuaan”, terutamanya bagi wanita yang memang mementingkan kecantikan fizikal dan pandangan orang terhadap dirinya. 

Walau bagaimana kita cuba mengelaknya, penuaan pasti menjelma. Cuma apa yang boleh dilakukan ialah melambatkan proses penuaan tersebut.

Selain senaman dan rawatan lain, proses penuaan juga boleh dilambatkan dengan cara mengambil makanan yang sesuai untuk melambatkan proses penuaan. 

Dapatkan VIVIX dan Colagen Powder Shaklee


Memerangi Tanda Penuaan
Apabila melihat wajah di cermin dan mendapati terdapat garis-garis halus di bawah mata sesiapa juga pasti akan gusar memikirkan kulit yang semakin berkedut dan tua 

dimamah usia. Realitinya setiap wanita takut berhadapan dengan penuaan walaupun ia sebenarnya adalah proses semula jadi yang berlaku pada setiap manusia.

Jujurnya bagi wanita yang sudah berusia atau sudah memasuki usia senja masih menginginkan penampilan awet muda. Justeru mereka mencari pelbagai cara untuk mengurangkan 

tanda-tanda penuaan disebabkan pancaran sinaran matahari, tekanan, pencemaran selain kesan merokok, minum minuman keras atau pola makan buruk yang turut menyumbang 

kepada penuaan kulit.

Tanda penuaan boleh dikesan pada kulit yang mengalami tompok hitam. Ini terjadi pada mereka yang sering berada di bawah matahari dalam tempoh yang lama. Biasanya kesan 

ini muncul pada lengan, punggung, dahi, tangan dan bahu iaitu daerah yang mudah terkena matahari.

Selain menimbulkan tompok hitam tanda penuaan boleh dikesan pada kelainan rona pigmen, terutama pada kulit wajah.Kulit menjadi kering dan kasar seterusnya menyebabkan 

kolagen dan elastin kulit rosak. Kolagen berfungsi memberikan kekuatan dan keanjalan kulit menjadikan kulit tegang dan kencang.

Seterusnya pori-pori yang semakin membesar adalah tanda kulit semakin tua. Seiring pertambahan usia, pori-pori menjadi lebih besar kerana terdapat sel kulit mati di 

sekitar liang roma.

Sinaran matahari dan juga aktiviti merokok juga boleh menyebabkan kulit berkedut. Paparan radikal bebas ini menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) kulit 

dalam membran sel. Akibatnya, paras kolagen dan elastin turun daripada masa ke semasa sehingga kulit mulai merosot dan hilang keanjalannya.

Faktor Penuaan Kulit

Untuk mengembalikan struktur kulit yang lebih baik dari keadaan sebelumnya, seseorang harus mengenalpasti tanda-tanda awal proses penuaan kulit. Dengan cara itu, 

rawatan awal dan pencegahan dapat dikenalpasti terlebih dahulu supaya kerosakan struktur kulit dapat dicegah, dihentikan dan diperbetulkan.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penuaan kulit berlaku dan ianya seperti berikut:

Faktor Genetik

1. Garis halus / kedutan

2. Kulit menipis

3. Kulit kusam dan tak bermaya

4. Rongga pori-pori yang lebih terbuka

5. Cengkung di kawasan pipi dan mata

6. Pengenduran kulit di leher, wajah, dan lengan

7. Kulit kering & bersisik

8. Keguguran rambut

Faktor Luaran

1. Kedutan yang ketara di bahagian dahi,tepi mata dan tepi mulut

2. Kulit menjadi kasar

3. Tona kulit yang tidak sekata ataupun gelap


Ape tunggu lagi..cegahla ia sebelum terlambat..

Berminat untuk mengetahui mengenai produk boleh hubungi saya di:

Untuk mendapat kan harga special..jg ragu2 hubungi segera,

Rohaida Bt Ahmad Azra'ai
      ♥ Shaklee Independent Distributor  ID No : 886741
      ♥ Contact No  :016 5210225
      ♥ Emel : aaisyahealthnbeauty@yahoo.com/ momsnbabydream@yahoo.com
      ♥ Blog: aaisyahealthnbeauty.blogspot.com 



Semak kesihatan anda..jika anda tidak perlukan supplement.


“Saya sihat je dan tidak perlukan pemakanan tambahan ( supplement )”
“Eh, nenek saya sudah umur 80 tahun.Sihat je.Saya tengok nenek tiada amik sebarang supplementpun”
“Buat apa nak ambil supplementSupplement ni untuk orang sakit je”
“Setiap hari saya ambil pemakanan seimbang jadi saya tidak perlukan supplement

Perkara-perkara di atas adalah antara scenario yang biasa diperkatakan. Sedar atau tidak yang persekitaran kita semakin berubah selari dengan pembangunan yang semakin pesat.

Adakah anda tinggal di persekitaran yang mesra alam atau dipenuhi dengan hijau-hijauan?
Adakah anda menanam sendiri sayur-sayuran yang anda makan?
Adakah anda menternak haiwan untuk mendapatkan bekalan daging serta susu?

Generasi nenek moyang kita mungkin masih berada di dalam kategori di atas. Namun saya boleh katakana yang generasi Y sekarang sudah tidak memiliki apa yang nenek moyang kita rasai dahulukala.

Bagaimana dengan pemakanan seimbang yang perlu diambil?
Segala sumber itu akan anda perolehi jika anda mengambilnya secara mentah. Sumber protein daripada ikan, daging, ayam dan kekacang boleh diambil setiap hari. TETAPI, tahukah anda yang protein terdiri daripada rantaian asid amino yang akan terurai apabila dipanaskan pada suhu melebihi 40darjah. Sudah pasti suhu dapur gas kita lebih tinggi kerana walaupun kita tercuit sedikit periuk panas, dengan pantas kita mengalihkan tangan. Apatah lagi dalam air panas menggelegak.

Berdasarkan suasana hidup masyarakat sekarang, saya sarankan anda untuk mengambil supplement dan pastikannya daripada sumber semulajadi untuk kesejahteraan hidup jangak panjang.

Mari kita lakukan satu senarai semak tahap kesihatan badan.

1. Kurang bertenaga
2. Berat badan berlebihan / berkurangan
3. Selalu pening / sakit kepala
4. Gusi berdarah
5. Mudah bercalar / lebam
6. Penghadaman yang tidak baik
7. Sukar untuk bangun tidur
8. Mengantuk
9. Keinginan yang tinggi terhadap makanan manis
10. Gugup / Gementar / Sedih
11. Kekeringan mata
12. Kuku berpecah
13. Kebas tangan / kaki
14. Kekejangan kaki
15. Sakit / sengal badan
16. Bahu / lengan yang kaku ( tidak boleh digerakkan)
17. Sembelit
18. Pemakanan yang tinggi kandungan lemak
19. Rambut gugur
20. Selalu menggunakan pil penahan sakit
21. Selsema
22. Nafas berbau

Credit to MyCHikiBox

Jika anda menjawab YA walaupun untuk satu sahaja senarai semak kesihatan di atas, bermakna badan anda memerlukan supplement.Mulakan hari anda dengan kesihatan yang lebih baik.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Perlukan bantuan??
Hubungi kami di  aaisyahealthnbeuaty@yahoo.com atau SMS 016-5210225 ( Aida) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook Natural Vita's Shoppe untuk mendapatkan PRODUK KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Kenapa kita perlu ambil supplement dan vitamin


Supplement dan vitamin untuk kesihatan badan lebih segar.
Kebanyakan orang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang ber tenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.
Oleh itu mengamalkan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.
Sesetengah orang pula perlu zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka termasuk yang mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi), perokok, mereka yang aktif secara fizikal dan yang berumur lanjut.
Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.
  1. Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan.
    Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.
    Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.
  2. Tambah kalsium setiap hari.
    Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.
    Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.
  3. Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
    Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.
  4. Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
    Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.
    Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya.
  5. Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
    Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.
Elakkan mengambil vitamin dalam dos yang terlalu tinggi kerana sesetengahnya ( terutama vitamin A dan D ) adalah tosik jika diambil berlebihan.
Berikut antara kepentingan zat vitamin dan mineral dan jumlah yang perlu diambil setiap hari.
Beta carotene
Mengurangkan kesan radikal bebas. Mengurangkan risiko sesetengah kanser dan penyakit arteri koronari.
5 -6 mg sehari
Vitamin A
Penting untuk mata, kulit dan membran mukosa yang sihat. Boleh juga melindungi terdapat kanser tertentu.
4000 iu untuk perempuan
8000 iu untuk lelaki
Vitamin C
Menjaga gusi dan gigi sihat. Membantu dalam pembaikan tissue dalam badan , penyembuhan luka dan resapan zat besi dalam usus. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung dan katarak.
250 – 500 mg sehari
Vitamin E
Mengurangkan kesan radikal bebas, membantu pembentukan sel darah merah. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung , katarak dan menambah imuniti.
200 – 400 iu sehari
Folate
Penting dalam tumbesaran dan metabolisma protein. Mengurangkan risiko cacat anak dalam kandungan. Boleh mengurangkan risiko kanser serviks dan usus besar.
400 ug
Kalsium
Membina dan mengekalkan kekuatan gigi dan tulang. Membantu jantung berfungsi dengan baik. Mengurangkan risiko darah tinggi.
1000 mg sehari untuk dewasa
1200-1500 sehari untuk perempuan >50 tahun dan lelaki >65 tahun
Zat Besi
Penting untuk pembentukan haemoglobin (dalam darah) dan myoglobin (dalam otot). Penting dalam fungsi enzim dan protein dalam badan. Vitamin C penting untuk resapan yang baik.
10 mg sehari

VIVIX Shaklee..Anti Ageing

VIVIX Shaklee Melambatkan Proses Penuaan

VIVIX Shaklee adalah makanan tambahan terbaik dari shaklee..ia menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran dan juga untuk awet muda..Apabila dalaman kita sihat,cantik dan terjaga,kecantikan itu pasti terserlah..

Apakah sebenarnya Vivix ini?
  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
Kita sememang nya tak boleh lari dari menjadi tua..Tiada ubat atau krim yang boleh jadikan kita muda selama2 nya..Kita kena lalui nya juga..zaman baby,kanak2 ,remaja,dewasa dan seterusnya warga emas betul tak?..cuma proses penuaan tu boleh dilambatkan dan kadar kedutan pada wajah boleh dikurangkan..


VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Walaubagaimanapun, pengambilan Vivix adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi kerana ia mengubah DNA




Credit to : mamacery

Jika anda berminat untuk mencuba dan ingin membeli dengan harga ahli boleh hubungi 

Untuk konsultasi percuma:

      Rohaida Bt Ahmad Azra'ai
      ♥ Shaklee Independent Distributor  ID No : 886741
      ♥ Contact No  :016 5210225
      ♥ Emel : aaisyahealthnbeauty@yahoo.com/ momsnbabydream@yahoo.com
      ♥ Blog: aaisyahealthnbeauty.blogspot.com


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

VIVIX Shaklee dalam metro..Supplement yang mampu melambatkan proses penuaan.


RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.

Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.

Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.

Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.

*Credit To Shaklee & Harian Metro.

Berminat untuk mencuba boleh hubungi saya..

Untuk konsultasi percuma:

      Rohaida Bt Ahmad Azra'ai
      ♥ Shaklee Independent Distributor  ID No : 886741
      ♥ Contact No  :016 5210225
      ♥ Emel : aaisyahealthnbeauty@yahoo.com/ momsnbabydream@yahoo.com
      ♥ Blog: aaisyahealthnbeauty.blogspot.com