" JOM KENALI SENGGUGUT ANDA"



Senggugut juga dikenali sebagai ‘premenstrual dysphoric disorder’ atau ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh seselintir perempuan. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

1) Senggugut primer (jenis biasa)

2) Senggugut Sekunder (disebabkan oleh penyakit).

Biasanya yang dapat kita tengok, org2 perempuan yg senggugut mesti mengalami kesakitan yang melampau sebelum datang bulan. Kesakitan nie biasanya kat bahagian ari2 dan pinggang.Sebenarnya keadaan senggugut ni boleh dianggap masalah biasa untuk perempuan yg meningkat remaja nie,So bukan semua Senggugut tu menandakan PENYAKIT sebab lebih daripada 60% perempuan mengalami senggugut.

BERITA BURUK ada sesetengah sengggugut ini takkan hilang walaupun dah berkahwin, BERITA BAIKNYA ada juga sesetengah perempuan tak alami sengugut lepas kahwin ataupun beranak nanti.hehehe seronok sikit kan...

JOM kita kaji apa yang menyebabkan jenis2 senggugut ni....

SENGGUGUT PRIMER

>>    Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’ terjadi sebab nak hasilkan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan.
>> Kesakitan tu sebab aktiviti pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya.
>> Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin.
>> Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
>> Senggugut primer boleh dirawat dengan ‘ibuprofen’ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Maknenya,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu,Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan.
>> ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid.
>> Genetik - Ada juga yang kata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kite mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu mungkin turut sama mengalaminya.

SENGGUGUT SEKUNDER

>>Senggugut sekunder ada kaitan dengan penyakit organik.
Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. >>Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut.
>>Jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.
>> Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.


Cara untuk menghadapi senggugut  ialah:-

1) memperbanyakkan rehat (biasanya aku guling2 atas katil, pastu tdo..hahaha)
2) pemilihan nutrien yang baik
3) melakukan senaman aerobik (biasanya aku lompat2 dan belari2 anak dlm umah)
4) Pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari.
5) Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari.
6) Ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran ‘prostaglandin’ dan perubahan hormon. (tak galakkan sgt la ambik ubat nie untuk perempuan2 yang belum berkahwin)

Jangan biarkan senggugut anda berlarutan..dapatkan penyelesaian segera..Inginkan konsultasi cara mengatasi dan pengambilan supplemen yang sesuai boleh hubungi

Shaklee Independent Distributor
ID 886741
Rohaida Ahmad Azra'ai
0165210225
email : momsnbabydream@yahoo.com
fb page : Natural Vita's shoppe

No comments:

Post a Comment