Vitamin semulajadi Shaklee, Supplement Shaklee, Set Penyusuan Shaklee, Set kurus, Vitamin Ibu mengandung, Set kesuburan, Set kecantikan, Anti- Aging
Tips semasa mengepam susu - untuk hasil lumayan
Untuk mendapatkan hasil perahan susu yang lumayan..disini saya nak share tip2 semasa mengepam susu..
> Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
> Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.
> Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.
> Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.
> Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.
> Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.
> Jangan lihat hasil tenusu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.
Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik..
Cuba jangan xcuba tips ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment