Penuaan? Mengetahui masalah penuaan



Dilema Masalah Penuaan
Sesetengah orang sangat fobia dengan perkataan “penuaan”, terutamanya bagi wanita yang memang mementingkan kecantikan fizikal dan pandangan orang terhadap dirinya. 

Walau bagaimana kita cuba mengelaknya, penuaan pasti menjelma. Cuma apa yang boleh dilakukan ialah melambatkan proses penuaan tersebut.

Selain senaman dan rawatan lain, proses penuaan juga boleh dilambatkan dengan cara mengambil makanan yang sesuai untuk melambatkan proses penuaan. 

Dapatkan VIVIX dan Colagen Powder Shaklee


Memerangi Tanda Penuaan
Apabila melihat wajah di cermin dan mendapati terdapat garis-garis halus di bawah mata sesiapa juga pasti akan gusar memikirkan kulit yang semakin berkedut dan tua 

dimamah usia. Realitinya setiap wanita takut berhadapan dengan penuaan walaupun ia sebenarnya adalah proses semula jadi yang berlaku pada setiap manusia.

Jujurnya bagi wanita yang sudah berusia atau sudah memasuki usia senja masih menginginkan penampilan awet muda. Justeru mereka mencari pelbagai cara untuk mengurangkan 

tanda-tanda penuaan disebabkan pancaran sinaran matahari, tekanan, pencemaran selain kesan merokok, minum minuman keras atau pola makan buruk yang turut menyumbang 

kepada penuaan kulit.

Tanda penuaan boleh dikesan pada kulit yang mengalami tompok hitam. Ini terjadi pada mereka yang sering berada di bawah matahari dalam tempoh yang lama. Biasanya kesan 

ini muncul pada lengan, punggung, dahi, tangan dan bahu iaitu daerah yang mudah terkena matahari.

Selain menimbulkan tompok hitam tanda penuaan boleh dikesan pada kelainan rona pigmen, terutama pada kulit wajah.Kulit menjadi kering dan kasar seterusnya menyebabkan 

kolagen dan elastin kulit rosak. Kolagen berfungsi memberikan kekuatan dan keanjalan kulit menjadikan kulit tegang dan kencang.

Seterusnya pori-pori yang semakin membesar adalah tanda kulit semakin tua. Seiring pertambahan usia, pori-pori menjadi lebih besar kerana terdapat sel kulit mati di 

sekitar liang roma.

Sinaran matahari dan juga aktiviti merokok juga boleh menyebabkan kulit berkedut. Paparan radikal bebas ini menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) kulit 

dalam membran sel. Akibatnya, paras kolagen dan elastin turun daripada masa ke semasa sehingga kulit mulai merosot dan hilang keanjalannya.

Faktor Penuaan Kulit

Untuk mengembalikan struktur kulit yang lebih baik dari keadaan sebelumnya, seseorang harus mengenalpasti tanda-tanda awal proses penuaan kulit. Dengan cara itu, 

rawatan awal dan pencegahan dapat dikenalpasti terlebih dahulu supaya kerosakan struktur kulit dapat dicegah, dihentikan dan diperbetulkan.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penuaan kulit berlaku dan ianya seperti berikut:

Faktor Genetik

1. Garis halus / kedutan

2. Kulit menipis

3. Kulit kusam dan tak bermaya

4. Rongga pori-pori yang lebih terbuka

5. Cengkung di kawasan pipi dan mata

6. Pengenduran kulit di leher, wajah, dan lengan

7. Kulit kering & bersisik

8. Keguguran rambut

Faktor Luaran

1. Kedutan yang ketara di bahagian dahi,tepi mata dan tepi mulut

2. Kulit menjadi kasar

3. Tona kulit yang tidak sekata ataupun gelap


Ape tunggu lagi..cegahla ia sebelum terlambat..

Berminat untuk mengetahui mengenai produk boleh hubungi saya di:

Untuk mendapat kan harga special..jg ragu2 hubungi segera,

Rohaida Bt Ahmad Azra'ai
      ♥ Shaklee Independent Distributor  ID No : 886741
      ♥ Contact No  :016 5210225
      ♥ Emel : aaisyahealthnbeauty@yahoo.com/ momsnbabydream@yahoo.com
      ♥ Blog: aaisyahealthnbeauty.blogspot.com 



No comments:

Post a Comment