DIET SIHAT....KULIT PUN CANTIK..

KULIT SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Kulit cantik dan sihat merupakan impian setiap wanita.  Kini terdapat banyak pusat rawatan dan pakar kecntikan kulit, namun terdapat cara yangl ebih praktikal dan boleh dilakukan di rumah.

Cuba anda ingat semula apakah makanan yang telah anda ambil?  Adakah makanan tersebut baik untuk kulit anda? Ataupun anda merupakan penggemar makanan segera?  Jika anda tergolong dalam golongan tersebut, cubalah ubah kebiasaan tersebut kerana ia sangat tidak menyihatkan.

Hati-hati sekiranya anda melakukan diet renda karbohidrat kerana ia tidak baik untuk kesihatan  Terlalu ramai orang yang menghindari pengambilan nasi demi menurunkan berat badan.  Tetapi, ini akan menjadikan tubuh badan anda kurang berkemampuan untuk melawan radikal bebas yang menjadi penyebab terjadinya proses penuaan.


Terdapat beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk memiliki kulit yang cantik dengan cara diet yang lebih sihat.

1.   Pengambilan Asid Lemak



Minyak ikan sangat baik untuk kesihatan kulit kerana ia memiliki sifat asid lemak yang tinggi.  Minyak ikan sangat mudah diperolehi dan cara pengambilannya juga sangat mudah.  Sebaik-baiknya, ambil minyak ikan bersama ikan tuna dan kentang kerana kedua-duanya juga mempunya sifat asik lemak yang baik.

2.   Pengambilan Vitamin

Vitamin E sangat baik untuk tubuh badan anda terutamanya untuk kulit.  Vitamin E boleh didapati daripada kacang badam dan kacang soya.  Selain itu, pengambilan lobak dan bayam juga sangat baik juka diamalkan kerana ia dapat menghalang tindakbalas radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh badan.

3.   Minum Air Putih Yang Cukup


Biasakan diri anda untuk minum air putih yang cukup minimum 8 gelas sehari.  Hal ini kerana, ia dapat membekalkan tenaga dan menjadikan buah pinggang anda sentiasa bersih dan sihat.  Air putih juga dapat meneutralkan racun yang terdapat pada tubuh badan anda serta dapat menghaluskan kulit.

Perhatikan air kencing anda, sekiranya air kencing tersebut berwarna terang bermaksud anda telah mengambil air putih yang mencukupi.   Sekiranya warna air kencing anda lebih gelap,  itu menunjukkan bahawa anda kurang mengambil air putih.


Kesimpulannya, jika anda ingin memiliki kulit yang cantik dan sihat, anda harus melakukan diet yang sihat juga.  Selain itu, lakukan senaman secara rutin dan amalkan pola tidur yang cukup.

No comments:

Post a Comment