Tips nak susu melimpah ruah...






1.Tambah masa dan kekerapan

Asas utama dalam penyusuan susu ibu adalah DEMAND&SUPPLY.Lebih kerap penyusuan dan pump,lebih banyak susu dihasilkan.Ambil masa pump pada waktu malam kerana hormon prolaktin tinggi ketika ini.Ambil masa pump setiap kali bangun tidur.Waktu mengpam mestilah konsisten setiap 2-3jam kerana ini melatih badan anda untuk menghasilkan susu pada masa yang ditetapkan.Buat jadual perahan dan catatkan hasil perahan anda setiap kali selepas pump,supaya anda melihat perubahannya.

2.Minum Air Kosong Yang Mencukupi
  *Amalkan minum air kosong setiap kali semasa atau selepas menyusu.Target minimum 3 liter sehari ya,atau minum lebih pun lagi bagus.

3.Pemakanan Yang Seimbang
*Susu lebih banyak dihasilkan ketika anda kenyang berbanding ketika lapar.Jangan tinggalkan sarapan pagi,jika anda sedang menurunkan berat badan.makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap supaya badan anda mendapat kalori yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

4.Ambil makanan yang bersifat penggalak susu/makanan yang paling anda suka.
*Amalkan halba,alfalfa,oats,lobak putih,longan kering,kurma.soya,sawi,pucuk ubi dan sebagainya.Namun keberkesanannya mengikut individu.

5.Pengambilan Supplement
*Ramai ibu yang gagal mengamalkan diet seimbang.Kekurangan nutrisi penting boleh mengganggu penyusuan.Apatah lagi ramai yang berdiet,ambil perancang dan sebagainya.Jadi pengambilan suplemen shaklee adalah altenatif yang boleh membantu anda.

Proses penyusuan sememangnya satu proses semulajadi.Namun,ia boleh terganggu sekiranya ibu tidak mempunyai pengetahuan mengenai proses susu ibu.Jika anda berazam menyusukan anak,dapatkan seberapa banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu sejak mengandung lagi.Ilmu adalah penting bagi membantu anda proses penyusuan yang lancar.

Ingatlah bahawa asas penyusuan adalah SUPPLY& DEMAND.Semakin kerap anda menyusukan atau pump,semakin banyak susu dihasilkan.Pump murah atau mahal tidak menjadi persoalan.Tapi soalannya adakah anda cukup berdisiplin,konsisten dan sanggup mengerah tenaga dan masa untuk pump buat si kecil.Selain itu sentiasala yakin dan positif bahawa SUSU SAYA BANYAK' dan sentiasa berdoa minta dimurahkan rezeki anak...

Selamat mencuba!!!

Hubungi saya jika anda ingin consume supplemen shaklee.

Rohaida
0165210225
Fb Natural Vita's Shoppe.

No comments:

Post a Comment